people

Believe

Aku bersyukur dengan Tuhan atas apa yang telah Dia lakukan dalam hidup aku. Beberapa minggu lepas, aku terpaksa menjalani satu pembedahan. Agak kritikal dan pada masa itu, agak lega sedikit bila mendapat tahu bahawa insurance peribadi yang saya beli last 2 years dapat menanggung segala kos pembedahan dan penginapan hospital berjumlah kira-kira Rm10,000.

Pembedahan berjalan dengan lancar. Namun 10 hari selepas pmbedahan, pihak insuran menelefon dan tiba-tiba mengatakan mereka tidak dapat menanggung kos pembedahan tersebut atas sebab sebab "against the policy". Aku terdiam. Marah. Jauh di sudut hati aku belajar untuk tenang.

Semalaman aku memikirkan.

Keesokan harinya pihak hospital pula menelefon mengatakan perkara yang sama dan menyuruh aku membayar kos sebanyak RM10,000 apabila aku datang untuk rawatan susulan pada esok harinya. Aku terdiam. Aku confirmkan perkara itu dengan agen insuran peribadi saya, Mr Joe dan dia terkejut mengapa perkara itu boleh terjadi. Dia berjanji akan menguruskan conflict statement itu secepat mungkin dan menyuruh aku terus berdoa utk perkara itu.

Dengan iman, esoknya aku terus ke hospital untuk rawatan susulan, namun aku tidak dibenarkan masuk berjumpa doktor sebelum saya membayar "hutang" pembedahan itu. Aku memberitahu mereka bahawa pihak insuran masih menyiasat akan hal ini, tiada black & white dikeluarkan dan masih dalam proses pertimbangan. Namun mereka berkeras menyuruh aku membayar dahulu sebelum aku boleh follow-up dengan doctor.

Aku terduduk di kerusi hospital dan berdoa. Rm10, 000 sangat banyak. Aku minta jika aku boleh membayar dulu at least separuh dari nilai itu tetapi ditolak. Mr Joe (agen) datang ke hospital ketika itu dan turut merayu agar aku dibenarkan membuat rawatan susulan dahulu, sementara pihak insuran menyiasat tentang kes itu. Namun tetap gagal.

No choice, aku balik saat ke rumah. Kecewa. Sedih. Tujuan untuk mendapatkan rawatan susulan hampa. Otak aku ligat memikirkan bagaimana aku harus mencari duit tambahan untuk aku cukupkan nilai kos itu dalam masa yang singkat!

"I just want to believe.." itulah bisik hatiku. Aku hanya ingin berdoa dan percaya. Hanya kepada 2-3 orang sahaja yang sy sharekan perkara ini. "I just want to believe.. " thats all.

Seminggu berlalu, pihak insurance call. Pembayaran sudah dilangsaikan.

Tuhan itu baik. Aku percaya ini adalah berkat doa. Aku juga bersyukur mempunyai agen insurans yang juga seorang hamba Tuhan yang komited dalam tanggungjawabnya dan juga pelayanannya.

Last 2 days aku dapat kembali ke hospital tersebut utk mendapat rawatan susulan yang sepatutnya saya hadiri last two weeks. Anyways, everything went fine.

Sememangnya aku cukup kecewa dengan tindakan hospital tersebut yang tidak boleh tolerate langsung dengan kebajikan pesakitnya. Apa yang saya nampak service mereka sudah menjurus kepada "business", dan bukannya pesakit. Tapi aku pasti, semua ini adalah permulaan untuk aku mempelajari the "Fact of Life". As long as I know I worship a living God, that's enough.

Akulah kebangkitan dan hidup, barangsiapa percaya kepadaKu, ia akan hidup walaupun ia sudah mati (Yohanes 11:25)

Yes. I just want to believe.

I'm Connected

Aku bukanlah penyajak, jauh sekali penyair puisi indah. But I thank God for his goodness in every single thing I do. He's my provider, the Jehovah Jireh and here it goes, cerminlutsinar.blogspot.com a place for me to share about my relationship with God that might bless others.